Fotografi perkahwinan murah adalah suatu pakej fotografi perkahwinan yang diharapkan oleh setiap bakal pengantin baru. Di sebalik harga murah yang ditawarkan mereka juga mengharapkan kualiti yang tidak menghampakan. Lensa dan Grafik menyediakan pakej yang mengikut bajet anda dengan kualiti yang terbaik. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
Jul 27, 2014
Fotografi Perkahwinan HDR
Sunset di
Pasir Puteh, Kelantan.Bukan selalu dapat merakam detik-detik romantik
pasangan pengantin waktu sunset begini. Dapat masa matahari keemasan di
ufuk barat begini dikira BONUS!!!
Sementara
sedang edit foto-foto kahwin, upload yang ini. Sekarang terlalu sibuk
dengan edit gambar untuk siapkan album-album pengantin sampai nak update
blog MD ni tak sempat. Harap maaf bebanyak kepada para pengantin baru
sebab belum dapat upload foto-foto yang diminta.
Kalau boleh semua outdoor nak tunggu sunset!
Mar 12, 2014
Persoalan Dan Rumusan MH370
Jika maklumat dari akhbar hari ini disandarkan, ada rumus yang boleh
dibuat iaitu salah satunya pesawat ini tidak mengalami masalah enjin
atau kerangka..
Kenapa? sebab, pesawat ini pada peringkat awal dikatakan hilang di perairan sempadan vietnam, laluan biasa ke cina.Maklumat dari TUDM pula mengatakan pesawat itu berpatah balik ke arah malaysia.
ok, kenapa patah balik?kemungkinan pesawat rosak dan pilot mugkin mahu melakukan pendaratan cemas.tapi kalau mahu mendarat cemas kenapa tidak hubungi menara kawalan?-andaian- alat komunikasi rosak.
Setelah berpatah balik pesawat telah melintasi terengganu, kota bharu, kedah, KL dan Penang-berapa airport ada dilaluan itu?lebih 5. kenapa pilot tidak mendarat di kesemua lokasi tersebut?sebaliknya lepas ke selat melaka.
ok, setakat itu jelas menunjukkan pesawat mampu terbang jauh, tiada kerosakan enjin cuma mungkin kerosakan alat komunikasi-x boleh gune phone lain ker kat ats tu?tempoh terbang patah balik lama tu.
pesawat dikesan total hilang lepas masuk selat melaka.ada orang nampak pesawat guna laluan x biasa dan terbang rendah. persoalan, kenapa terbang rendah?nak mendarat cemas kenapa x cari lokasi lain sdg kan pilot amat berpengalaman ttg kawasan di malaysia.sebaliknya ke selat melaka. kenapa?
rumusan:
1. pesawat mh370 tiada masalah enjin
2. terbang rendah(hilang dr radar) bukan tujuan mendarat cemas
3. kemungkinan pesawat tidak terhempas
4. pesawat tidak berada di perairan vietnam, teluk siam
5. masa terakhir dikesan bukan 1.30 pagi tapi dalam 2.30 pagi.
rumusan ini berdasarkan akhbar hari ini, 12 Mac 2014 - info drpd pihak TUDM

Feb 9, 2014
Panduan Fotografi HDR (HDR Photography) Bahagian 2
Sebagaimana yang dinyatakan dalam artikel lepas, fotografi HDR ini disambung lagi kali ini bertajuk Panduan Fotografi HDR (HDR Photography) Bahagian 2 sebagai bahagian ke 2 siri artikel mengenai fotografi HDR. Dalam post yang lepas telah dijelaskan kegunaan HDR ialah untuk mendapatkan imbangan cahaya dalam foto yang ditangkap. Post kali ini kegunaan HDR akan diterangkan lagi dengan fungsi-fungsinya yang lain.
Selain daripada berfungsi untuk mengimbangi cahaya, fotografi HDR juga digunakan untuk menghasilkan mood foto yang dikehendaki oleh fotografer. Antara mood yang selalu digunakan ialah mood suram, ceria dan dramatik. Walaubagaimanapun mood ini tidak terhad sebaliknya bergantung kepada pengguna HDR itu sendiri. Fotografer boleh menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan apa sahaja mood yang mereka suka dengan menggunakan efek fotografi HDR ini.
Dalam menghasilkan mood, penggunaan HDR akan berbeza jika dibandingkan dengan tujuan untuk imbangan cahaya semata-mata. Dalam fungsi imbangan cahaya, pengguna akan memproses foto mereka dengan tujuan untuk mendapatkan cahaya yang seimbang di antara kawasan gelap dengan kawasan terang agar kontras cerah dan gelap tidak begitu ketara.Penghasilan mood pula tidak menggunakan peraturan ini sebaliknya cahaya dalam foto sengaja dijadikan gelap untuk mendapatkan mood tertentu seperti menimbulkan nostalgia atau suram atau kesedihan. Bergantung kepada subjek dan latar tona gelap tidak semestinya menimbulkan mood sedih tetapi boleh juga menampakkan keanggunan atau kekuatan subjek yang dipilih.
Tujuan HDR yang seterusnya ialah menghasilkan detail atau ketajaman (sharpness). Foto yang ditambah detailnya kelihatan berbeza dengan foto asal dari segi penceritaan yang terdapat dalam gambar tersebut. Detail akan memperlihatkan subjek yang lebih menyerlah, menonjol sehingga ia boleh menambah kejelasan foto yang mengandungi cerita di dalamnya atau menyebabkan orang yang melihat foto itu berfikir seperti ada cerita yang hendak disampaikan dalam foto yang mereka lihat. Hal ini menyebabkan seseorang yang melihat foto itu akan terus merenung foto tersebut untuk mencari penceritaan yang terdapat di dalamnya.
Seterusnya, artikel Panduan Fotografi HDR ini akan menerangkan cara-cara bagaimana menghasilkan efek untuk fotografi HDR ini. Panduan HDR ini sama seperti tutorial efek HDR di mana anda akan ditunjukkan cara-cara dan keperluan yang perlu ada untuk menghasilkan efek HDR dari foto anda sendiri.
Baiklah, boleh mula sekarang ?
Keperluan Asas dalam menghasilkan efek fotografi HDR:
1. Kamera digital.
Sebaik-baiknya menggunakan DSLR tetapi boleh juga menggunakan kamera bukan DSLR seperti "point n shot" kamera, kamera jenis "bridge" malahan anda boleh mencubanya dengan kamera telefon anda. Tak ada salahnya, boleh jer tapi hasil kurang memuaskan sebab pixel kecil sukar nak kawal "noise" atau "debu" dalam foto.
....bersambung...
Gambar di atas menggunakan kamera telefon sahaja tapi efek HDRnya agak hebat juga,kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)