Feb 9, 2014

Panduan Fotografi HDR (HDR Photography) Bahagian 2

Sebagaimana yang dinyatakan dalam artikel lepas, fotografi HDR ini disambung lagi kali ini bertajuk Panduan Fotografi HDR (HDR Photography) Bahagian 2 sebagai bahagian ke 2 siri artikel mengenai fotografi HDR. Dalam post yang lepas telah dijelaskan kegunaan HDR ialah untuk mendapatkan imbangan cahaya dalam foto yang ditangkap. Post kali ini kegunaan HDR akan diterangkan lagi dengan fungsi-fungsinya yang lain.


Gambar di atas menggunakan kamera telefon sahaja tapi efek HDRnya agak hebat juga,kan?

Selain daripada berfungsi untuk mengimbangi cahaya, fotografi HDR juga digunakan untuk menghasilkan mood foto yang dikehendaki oleh fotografer. Antara mood yang selalu digunakan ialah mood suram, ceria dan dramatik. Walaubagaimanapun mood ini tidak terhad sebaliknya bergantung kepada pengguna HDR itu sendiri. Fotografer boleh menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan apa sahaja mood yang mereka suka dengan menggunakan efek fotografi HDR ini.

Dalam menghasilkan mood, penggunaan HDR akan berbeza jika dibandingkan dengan tujuan untuk imbangan cahaya semata-mata. Dalam fungsi imbangan cahaya, pengguna akan memproses foto mereka dengan tujuan untuk mendapatkan cahaya yang seimbang di antara kawasan gelap dengan kawasan terang agar kontras cerah dan gelap tidak begitu ketara.Penghasilan mood pula tidak menggunakan peraturan ini sebaliknya cahaya dalam foto sengaja dijadikan gelap untuk mendapatkan mood tertentu seperti menimbulkan nostalgia atau suram atau kesedihan. Bergantung kepada subjek dan latar tona gelap tidak semestinya menimbulkan mood sedih tetapi boleh juga menampakkan keanggunan atau kekuatan subjek yang dipilih.

Tujuan HDR yang seterusnya ialah menghasilkan detail atau ketajaman (sharpness). Foto yang ditambah detailnya kelihatan berbeza dengan foto asal dari segi penceritaan yang terdapat dalam gambar tersebut. Detail akan memperlihatkan subjek yang lebih menyerlah, menonjol sehingga ia boleh menambah kejelasan foto yang mengandungi cerita di dalamnya atau menyebabkan orang yang melihat foto itu berfikir seperti ada cerita yang hendak disampaikan dalam foto yang mereka lihat. Hal ini menyebabkan seseorang yang melihat foto itu akan terus merenung foto tersebut untuk mencari penceritaan yang terdapat di dalamnya.

Seterusnya, artikel Panduan Fotografi HDR ini akan menerangkan cara-cara bagaimana menghasilkan efek untuk fotografi HDR ini. Panduan HDR ini sama seperti tutorial efek HDR di mana anda akan ditunjukkan cara-cara dan keperluan yang perlu ada untuk menghasilkan efek HDR dari foto anda sendiri.

Baiklah, boleh mula sekarang ?

Keperluan Asas dalam menghasilkan efek fotografi HDR:
1. Kamera digital.
Sebaik-baiknya menggunakan DSLR tetapi boleh juga menggunakan kamera bukan DSLR seperti "point n shot" kamera, kamera jenis "bridge" malahan anda boleh mencubanya dengan kamera telefon anda. Tak ada salahnya, boleh jer tapi hasil kurang memuaskan sebab pixel kecil sukar nak kawal "noise" atau "debu" dalam foto.

....bersambung...