Oct 7, 2013

HDR Teknik Baharu Dalam Fotografi

Foto di atas ditangkap semasa penulis melawat Kota Kinabalu, Sabah di Pasar Filipina.

HDR(High Dynamic Range) fotografi ialah suatu teknik baharu dalam fotografi. Walaubagaimanapun ia bukanlah teknik yang baharu ditemui kerana HDR fotografi sebenarnya telah muncul sejak 20 tahun dahulu. Idea mengenai HDR ini pula tercetus pada tahun 1850oleh  Gustave Le Gray. Di Malaysia ia agak baru digunakan atau popular di kalangan fotografer.

Teknik fotografi HDR ialah khusus untuk mendapatkan jumlah pencahayaan yang tinggi nilai dinamiknya agar jumlah cahaya yang ditangkap oleh sensor kamera dapat diseimbangkan di antara kawasan lampau cerah dengan kawasan bayang. Contoh kawasan kontras melampau ini ialah apabila kita menangkap gambar yang berlatarbelakangkan langit. Seringkali apa yang terhasil ialah subjek yang gelap (under expose) manakala langit cerah dan cantik. Juga sering berlaku, subjek elok (mendapat eksposer/exposure yang cukup) tetapi langit terlalu cerah sehingga menjadi putih (over expose). Berhadapan dengan masalah cahaya kontras inilah menyebabkan munculnya teknik HDR.

Contoh Foto Menggunakan Teknik HDR



Sunset di padang Sekolah Menengah Maahad Tahfiz Tanah Merah, Kelantan.

Sunset Masjid Rantau Panjang, Kelantan.

Juga di Rantau Panjang.

Bangau di Zoo Negara, Kuala Lumpur.

Kuala Besut, Terengganu.

Dengan menggunakan teknik HDR, semua foto di atas dapat dikawal pencahayaan di kawasan langit dan darat dengan seimbang, tidak lagi terlalu cerah atau terlalu gelap. Mengimbangi jumlah cahaya adalah sebahagian daripada kegunaan HDR. Apakah lagi kegunaan HDR? ....baca pada entry seterusnya.....jumpa lagi.

Updated : Panduan  fotografi  HDR  bahagian ke 2 Sila klik

3 comments:

  1. Nilai estetika yang tingga pada HDR foto. sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh pandangan mata kasar

    ReplyDelete
  2. Best bro layan HDR ni, kalau ada yang belum pernah cuba..kena cuba...tapi kalau dah kena..ketagih..hehe - http://momochdr.sumasu.com

    ReplyDelete